Besar kemungkinan Melayu berasal dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. sementara orang China berasal dari Sin bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Melayu berasal dari orang Hitti (Hittites) atau juga digelar Hatti, Chatti, Khitai, Cathay. Orang Hitti digolongkan sebagai oleh Barat sebagai Mongoloid yang merupakan sebahagian dari asal-usul bangsa China itu sendiri. Bangsa Melayu ada 1,368 bahasa, China-Tibet 403 ada bahasa. Banyaknya bahasa Rumpun Melayu menjadikannya ia bangsa kedua paling banyak bahasa selepas bahasa Niger-Congo berjumlah 1,514 bahasa. Sebenarnya bahasa rumpun Melayu lebih banyak dari bahasa Rumpun China, sekaligus menolak kemungkinan bahawa Melayu berasal dari bangsa China.
Boleh diterima pendapat bahawa Melayu telah ada di Nusantara sejak selepas taufan Nuh a.s. (4,000 tahun lampau). Mereka berkembang biak, terutamanya di kawasan banjaran Himalaya dan Kemboja. Kemudian Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah (isteri ketiga). Kemungkinan Keturah dari bangsa Melayu (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu asal usul bangsa Keturah) dan melahirkan 6 orang anak yang mungkin kesemuanya menetap di Nusantara ini (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa 6 anak Ibrahi
m a.s. ini berada di tempat yang ‘amat jauh’ – di sebelah Timur).
Kemungkinan mengapa asal-usul Melayu dianggap misteri ialah kerana Melayu itu ada dua kelompok dimana kelompok pertama lebih gelap kulitnya dan kerinting sementara kelompok kedua cerah dan berambut lurus. Kelompok pertama inilah orang Hitti dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kelompok kedua dari keturunan Ibrahim a.s. (ini berdasarkan pendapat Ibnu Athir ahli sejarah Islam) apabila baginda mengahwini Keturah yang besar kemungkinannya berbangsa Melayu (ini berdasarkan cerita bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Kemboja dan berkahwin di sana). Kelompok kedua inilah yang menjadi Melayu Induk pada zaman ini dan boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Kelompok pertama itu biasanya digelar Rumpun Melayu dan mereka ini biasanya digelar Kaum Asli (aborigines atau natives) dan inilah yang menduduki Melanesia, Polynesia, Madagaskar, Hawaii hatta hingga benua Amerika.
Rupa bangsa Hitti (Funan atau Cathay) yang asal itu dikatakan memang gelap kulitnya, kerinting rambutnya, bibirnya agak tebal, hidungnya agak pesek dan besar, agak rendah, pelipis, misai dan janggut kaum lelakinya jarang-jarang atau tidak ada langsung. Bangsa Melayu-Deutro agak berbeza, kulitnya agak cerah, rambutnya lurus atau ikal mayang, tubuhnya lebih tinggi, lelakinya ada pelipis, misai dan janggut tapi masih nipis juga. Ada catatan me
nyatakan ini hasil dari kahwin campur. Pertamanya kerana Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah, kedua kerana kahwin campur dengan orang-orang Yunan dan Taiwan (Pekan).
Apakah jatidiri sebenar orang Melayu? Dari pelbagai rujukan saya dapati bahawa bangsa Melayu dikenali sebagai bangsa yang patuh pada suruhan agama (monotheist - percaya keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya), dan kerana itulah mereka menjadi bangsa yang hebat. Ini sebenarnya adalah syariat Nuh a.s. dan syariat Ibrahim a.s. dan saya percaya orang Melayu adalah antara bangsa yang paling patuh kepada syariat ini. Ini mungkin menjadi sebab mengapa Melayu di Nusantara dapat diIslamkan dalam tempoh 60 tahun saja. Maka saya berpendapat bahawa jatidiri Melayu adalah pada agama yang dianutinya (Islam) sejak zaman Nuh a.s. lagi. Ianya ada mengalir dalam darah mereka, iaitu darah Nuh a.s., Ibrahim Khalilullah dan Keturah.
Berikut adalah pendapat saya mengenai jatidiri Melayu yang mengali
r dalam darah mereka. Ciri sabar, belas kasihan dan bersyukur diwarisi dari Nuh a.s. Ciri penjelajah dan pedagang diwarisi dari darah Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. (bangsa Kanaan amat terkenal sebagai pedagang). Ciri menegur cara baik, patuh pada suruhan Allah, suka mengkaji, minda kritis, berhujah, rajin bertanya dan ingin tahu, berani dan ikhlas diwarisi dari darah Ibrahim a.s. Ciri toleransi, hospitaliti, lemah lembut, manis muka, berb
udi bahasa dan kesopanan tinggi diwarisi dari Keturah. Saya mencatat ini berdasarkan kepada beberapa sumber rujukan terutamanya dari kisah Rasul dalam Al-Qur’an.
Dua ciri yang dianggap negatif pada orang Melayu ialah amok dan latah. Saya berpendapat bahawa amok berpunca dari sifat sabar dan suka mengalah. Latah pula berpunca dari ikhlas dan kepatuhan yang tinggi. Saya tolak pendapat yang melabel orang Melayu sebagai malas. Rajin tidak boleh diertikan sebagai rajin mencari wang semata-mata.
Dapat dilihat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang paling bersopan dan berbudi pekerti tinggi berbanding bangsa lain (yang selalunya ‘kasar’ dan ‘kurang ajar’ dari perspektif orang Melayu). Saya melihat bahawa ciri inilah yang menyebabkan Melayu mudah menyesuaikan diri dengan situasi baru dan tempat baru (dulu mereka suka berpindah randah) dan baik hati serta suka menolong oranglain (ini adalah antara ciri-ciri syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.) Dari sudut ilmiah, ciri-ciri Melayu ini banyak dicatat oleh para sarjana. Pendek kata, budi pekerti yang diamalkan oleh orang Melayu (hingga kepada adat beralas tangan) adalah dari didikan agama sejak zaman silam dan ia berasal dari nilai-nilai Islam (syariat Nuh a.s dan Ibrahim a.s.).
Apabila membicarakan jatidiri Melayu, pada saya tidak cukup untuk menyatakan bahawa Melayu dulu hebat dari segi penjelajahan, penjajahan dan perdagangan, tapi juga dari segi kepatuhan kepada suruhan agama yang dianuti dan sanggup berkorban kerana agama. Lihat Candi Borobudur lambang keagungan kerajaan Sri Vijaya dan Angkor-Wat di Kemboja (mungkin Buddha itu salah seorang dari 313 Rasul yang diutus, dalam Al-Qur’an diceritakan 25 orang Rasul saja, kebanyakannya diutus kepada Bani Israel). Dan patut juga diselitkan bahawa Melayu itu mewarisi darah Nuh, Ibrahim dan Keturah dan tentunya ciri-ciri hebat yang ada pada mereka.
Dari segi mengapa orang Melayu merantau hingga 60% muka bumi meredah lautan, saya mendapati dari catatan sarjana antara puncanya ialah kerana diserang oleh orang Khmer (lihat saja bagaimana Khmer-Rouge melakukan penghapusan etnik di Kemboja). Dalam ertikata lain, antara sebabnya bukanlah kerana berdagang atau menjelajah tapi mengelakkan pertumpahan d
arah. Sebab itulah mereka tinggal menetap di tempat yang baru ini. Mereka yang melarikan diri ini adalah dari golongan bangsawan bersama pengikut setianya yang kemudiannya menubuhkan kerajaan baru di bumi yang baru. Kemudiannya mereka inilah yang menjadi golongan pedagang.
Renungan:Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghafir 040:21).Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi. (An-Nur 024:10)
" sumber ibn yusof mega sutra 09 "