LANGKAH BERBUDAYA...

LANGKAH BERBUDAYA...
Sayup hati melangkah kaki menuju kedalam dewan,mendengar semboyan bergema seluruh pelusuk dewan,menerjah masuk ke gegendang telinga aku pada waktu tu.Rendah rasa diri pabila menjunjung membawa yang padanya terselit dua makna kitab dan kekasihnya..

usah berduka bangsaku...

"Melayu itu hebat.Biar bermandi darah, Amarah tetap dibasuh dengan sabar. Kekuatan dalam penyatuan. Kalau dicantas tanpa teguran, Maka Melayu bangun untuk melawan.Jika datangnya berbudi bahasa, melayu sambut dengan santunnya. Jika sebaliknya ditentang tanpa bicara"
-balau 09-


" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "

" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "
12 - 21 Februari 2010,balau akan bersama rakan2 yang lain akan menyusul sejarah awal bani jawi ditanah gading putih dari semenanjung hingga ke ayuthayya thailand,banyak sejarah yang akan dirungkap sepanjang perjalanan kesana,nantikan anak cucuku sekalian bagi mengenali sebenar bangsamu,mungkin ini mampu ku tinggalkan dimasa akan datang sebagai satu bahan kajian dan rujukan mungkin juga akan menjadi kebanggaan mereka dimasa akan datang.semoga ianya memberikan manfaat bersama dan doakan segalanya lancar insyaallah,nantikan rentetannya - balau 10 ( klik pada gambar )

perjalanan balau Malaysia - Thailand

perjalanan balau Malaysia - Thailand
( klik pada gambar untuk melihat gambar )

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....
Tok ayah said.....

Monday, May 18, 2009

MELAYU,ASNAF DAN PZKP........





Ermm mungkin ader yang marah bila melihat tajuk diatas tapi itulah hakikatnya apa yang aku lalui dan sekarang sudah menjadi sebahagian dari kehidupan aku untuk mengenali anak bangsaku sendiri dengan lebih dekat lagi.Maaf kan aku andai niat ku ini ingin memulakan bicara ini akan menyinggung perasaan sesapa yang membaca,maklum la.
Bukanya ape,rasa terpanggil untuk menulis sikit pasal permasalahan ummah pada masa kini terutama "ummah zakat".Perkara asas yang cuba aku nak kongsikan disini adalah berkaitan dengan adab dan harga diri.Kerana pada aku sepenggalaman aku di LZS ni perkara paling kurang dan paling mudah tapi kurang dipraktikakan adalah soal ADAB.bayangkan bilamana kita cuba memberikan suatu yang terbaik tapi dilontarkan pula dengan bayangan caci dan cerca yang tidak sepatutnya aku terima,tapi apa yang ku laku sebgai "si pemegang amanah" adalah telah ku lunaskan mengikut tali yang telah ditetapkan.
"Ape yang korang buat kat zakat nie,bantuan aku pon tak masuk-masuk lagi,korang tak buat kejer ker"hisshhh ringan semacam jer tersa pada seluruh anggota,tapi takpelah sebab aku telah dididik dengan penuh adab,aku layan kan ajer perasaan yang mendatang tue,kekadang biler mana jadi jer kes camnie jap lagi talipon mesti berbunyik"hello asslamualaikom,ni akak dari call centre ni,tadi ader aduan mengenai......"memula dulu memang takut pasal bab-bab aduan nie,tapi aku rasa skang nie dorg plak yang takut ke haper nak kol aku hehehe..setiap soalan kupastikan dengan deretan jawapan yang kupastikan tiada yang mampu di sangkal balik,kerana aku diadu atas sebab individu lain dan aku jawap pon atas individu lain jugak la heheh..berbalik pasal asnaf yang tak berapa nak sopan tadi,biler dah jadi camtu aku nak jer menjerit depan die "woi ko nie kejer ngan lembaga zakat ker,ko ader wat service ngan lembaga zakat ker,yang ko nak claim2 nie apehal plak,orang nak bagi pon dah kire cukup bagus la ko tau tak" tapi tu sumer aku letak tepi "KEJAP" disebabkan ibu selalu berpesan mengenai ADAB.
Tapi kengkadang ader gak yang siap mencarut2 lagi tue,kalau bab yang macam tue aku tak mampu nak biar kan,sebab terasa sangat aku nie macam ko punyer balaci plak,"aku ni pegawai la bodoh"hisshh dari situ dia mampu menyebarkan bahawa imej zakat adalah satu institusi yang tidak bertanggungjawab,orang tua-tua selalu cakap "kerana nyamuk kelambu nak dibakarkan" tapi kalau nyamuk takder kan ke kejer bodoh yang nak pi bakar kelambu tu kan,budak kalau tak dilempang takan dia nak menangis,macam tue la ibaratnya,tapi bagi aku masalah asnaf ni memang dah parah sebab itu adalah sikap dorang sendiri..kita hanya mampu mendorong dan bagi kunci.tapi tang nak bukak pintu tu dia kene pi bukak sendiri la.
p/s : para asnaf yang membaca ruangan ini (ader ker asnaf yang baca blog aku nie heheh) sebenarnya kami cuba memberikan yang terbaik buat anda tapi terpulang pada anda menilainya,dan hanya allah tempat kami bersaksi.

"Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu."

with my climber team.....

with my climber team.....
at brinchang peak after run down from the peak of irau.

@ MEDIA.....

@ MEDIA.....
Merasmikan penutupan program "HIJRAH ILMU" akademi zakat selangor di kem mega kristal kuala selangor.

dalam negeri

Pergilah wahai anakku........

Pergilah wahai anakku........
ku syukur,gembira,sedih bercampur hiba,ya allah dapat ku bayangkan betapa bangganya melahirkan para shuhada' ini,penggenggaman penuh tabah,mengheret hati2 yang kaku mambasahi jiwa yang gersang dengan secubit kiasan petunjuk kekuasaan alam ciptaan,merobek,meruntun jiwa2 pencinta agama,menerjah kejiwaan seorang hamba,didalam menuntut saki baki perjuangan seorang hamba."wahai anakku,ku taburkan dikau dengan ilmu menjadikan dikau mulia disisi tuhanmu,dulu katamu kupenjamin mu disyurga,tapi kini kulepaskan mu sebagai penjamin shuhada' syurga.amin ya rabbal alamin.

best video ever and ever from balau.

kami di dusun resort....

kami di dusun resort....
aduh...bosan siot,dorang nak wat ape lagi nie "mungkin itu la yang dibisikan sesama mereka pada ketika ini,tapi ini lah mulanya perjalanan kehidupan kita dalam mencari erti sebenar kehidupan.jangan leka sahabat2 ku,pernahkah terfikir apakah yang anak kita kan makan dimasa hadapan,apakah yang akan dipakai anak kita pada masa hadapan,corakkan lah ianya pada dirimu dahulu.

z2

sejarahnya

sejarahnya.....

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".H.R. Abu DaudKeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

z3

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

HAYATI PESANAN PANGLIMA AGUNG INI.......

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.
Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.

z4

PELENGKAP PEMAKAIAN.....

PELENGKAP PEMAKAIAN.....
Ianya dibuat mengikut ukuran tertentu oleh sipemakai,ianya boleh juga digunakan didalam keadan gelap sekali pun tidak bercahay insayallah sampai la ia.

pandangan ku

kehidupan harianku

kerja

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-
Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..

satu kewajipan....

Adakah anda maklum LZS telah menyediakan Sistem ZakatOnline bagi melihattransaksi bayaran zakat dan mencetak penyata pembayaran zakat anda?
Sistem ZakatOnline dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pembayarzakat di LZS. Sekiranya anda masih belum berdaftar, pendaftaran bolehdilakukan di
https://zakatsel.com.my/secure/e-zakatONLINE/daftar.asp
Selain daripada kemudahan yang disebutkan di atas, Sistem ini jugamembenarkan setiap pembayar membuat kemaskini maklumat diri sepertialamat rumah dan pejabat, email, pekerjaan dan sebagainya.
Apa yang diharapkan LZS ialah setiap pembayar dapat melihat setiaptransaksi pembayaran zakat serta mengemaskini maklumat peribadi mereka agarmemudahkan urusan menghantar penyata zakat, penghantara majalah Asnafdan sebagainya.
Wassalam
Lembaga Zakat Selangor (LZS)Aras 9 & 10, Menara SelatanBangunan Sultan Idris ShahPersiaran Masjid40000 Shah AlamSelangor

Apa itu melayu.....

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama
bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[2]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab
Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara
Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[2]

selawat-ungu band

salam akhir...1969-2009