LANGKAH BERBUDAYA...

LANGKAH BERBUDAYA...
Sayup hati melangkah kaki menuju kedalam dewan,mendengar semboyan bergema seluruh pelusuk dewan,menerjah masuk ke gegendang telinga aku pada waktu tu.Rendah rasa diri pabila menjunjung membawa yang padanya terselit dua makna kitab dan kekasihnya..

usah berduka bangsaku...

"Melayu itu hebat.Biar bermandi darah, Amarah tetap dibasuh dengan sabar. Kekuatan dalam penyatuan. Kalau dicantas tanpa teguran, Maka Melayu bangun untuk melawan.Jika datangnya berbudi bahasa, melayu sambut dengan santunnya. Jika sebaliknya ditentang tanpa bicara"
-balau 09-

" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "

" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "
12 - 21 Februari 2010,balau akan bersama rakan2 yang lain akan menyusul sejarah awal bani jawi ditanah gading putih dari semenanjung hingga ke ayuthayya thailand,banyak sejarah yang akan dirungkap sepanjang perjalanan kesana,nantikan anak cucuku sekalian bagi mengenali sebenar bangsamu,mungkin ini mampu ku tinggalkan dimasa akan datang sebagai satu bahan kajian dan rujukan mungkin juga akan menjadi kebanggaan mereka dimasa akan datang.semoga ianya memberikan manfaat bersama dan doakan segalanya lancar insyaallah,nantikan rentetannya - balau 10 ( klik pada gambar )

perjalanan balau Malaysia - Thailand

perjalanan balau Malaysia - Thailand
( klik pada gambar untuk melihat gambar )

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....
Tok ayah said.....

Wednesday, June 9, 2010

kerana HIKMAH & KARAMAH mu.......

"hang kata eh! jer pada mak ayah'
hang wajib,wajib masuk neraka"
berpesan guru pada si anak......
Sedang elok duduk diatas kerusi empuk di pejabat nie tiba-tiba balau disapa oleh seorang ibu tua yang menceritakan segala permasalahan kepada balau pada tika itu,si tua ini tadi menceritakan bahawa kesemua anak-anaknya sudah tidak mengendahkannya lagi malahan sepemakluman balau ibu tua itu diarahkan sendiri oleh anaknya untuk memohon bantuan dengan kami,persoalannya begitu rendah si anak tadi meletakkan martabat dan maruah si ibu tua tadi dengan mengarahkan sedemikian,kata ibunya si anak pertama bekerja sebagai guru,yang ke dua juga guru yang ketiga pula lulusan al-azhar mesir dalam jurusan perubatan,barangkali doktor mungkin.fuhhh...semuanya berjawatan dan memiliki pendapatan yang cukup untuk menampung segalanya,tapi apa masalah sebenarnyanie....setelah panjang lebar penerangan di berikan lalu aku menghulurkan borang permohonan kerana mungkin itu yang boleh memujuk hati si tua ini tadi,takpelah aku cuba raikannya pada tika itu..

sebelom ibu tua itu beredar sempat dia berpesa dan bertanya padaku "encik nie ada mak ayah lagi tak? jawapan ku pantas mengiyakan persoalan tadi,berkata si ibu tua tadi "jagalah mak ayah tue elok-elok nak berjaya dunia akhirat nie semua dgn dia,tak payah belajar tinggi-tinggi pon tak pa pasti boleh berjaya,pasti (jelasnya lagi) mak ayah boleh jaga anak sampai 10 orang, anak nak jaga mak ayah yang 2 orang nie pon tak mampu,kalau kamu dapat gaji bagilah kat mak ayah walaupon 10 ringgit,dari sepuloh ringgit tu lah punce beribu ringgit lagi,pasti (dgn nada yakin) susah macam mana pon jangan hantar mak ayah masuk rumah orang tua,pasti ke neraka kamu"

tersentak balau bila si ibu tua tadi mengatakan demikian,bukan menafikan tapi itu lah realiti yang kita terlepas pandang,lalu dengan jalannya terhencot-hencot si ibu tua tadi lalu dari pandangan meninggalkan balau yang masih terpaku dan bercelaru kepala mengigat kata-kata si ibu tua itu tadi,sebak dan sedih bercampur hiba sekejap,teringat balau akan satu kisah suatu masa dahulu disisipan akhbar ceritanya lebih kurang macam nie :

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4)Tolong kemas bilik : RM2.00
5)Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
balau hanya sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan samada sedar atau tidak sebenarnya inilah realiti hidup kita selagi bergelar anak,tanggung dan jawab kepada ibu bapa diheret sampai akhir nanti,
"ya allah sebelum angin lembut itu datang membelai tubuh ku,mengiringi perjalanan roh ku menghadap mu,kau berikanlah aku kekuatan,rezeki dan ketabahan untuk aku membalas segala jasanya padaku,tidak terdaya untuk kukesali segalanya ya allah,janganlah kiranya kau jemput dari kami ini tanpa sempat kami menzahirkan segalanya.curah la rahmat simbah la berkatmu ya allah padanya agar diterima segalanya menjadi sembahan padamu kelak..barakallah.
-BALAU 2010-

Monday, May 24, 2010

Kerbau oh Kerbau.....

Semalam setelah habis semuanya (seminar) BALAU berkesempatan menghabiskan sedikit masa dan membasahkan tekak bersama rakan-rakan disatu restoran di shah alam,sedang menunggu kedatangan rakan2 yang lain dok baca lah satu surat khabar nie,berasa tertarik dgn satu artikel dalam akhbar tabloid tersebut dan konklusi apa yang BALAU boleh katakana hingga sang Kerbau pon malu nak menjadi manusia,berikut merupakan sebahagian petikan tersebut :

“Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril as untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril as segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril as mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau".Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril as segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril as mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar".Kelawar menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.
Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril as segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril as bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing".Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia.
Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
Fuhhh.....tersentak kejap BALAU,selama nie dok ingatkan baguih sgt jadi manusia nie,tapi bukan lah makna kata balau nak jadi kerbau,atau kelawar atau cacing,cuma terpikir diakhirat seksok depa nie yang akan pi mengadap dulu tanpa masalah,yang kita nie dok terketaq2 dok pikiaq apa nak jadi pas nie,sbb tue ada beza antara mukmin dan muslim.
Fikir-fikirkan….. –BALAU 2010-

Thursday, March 18, 2010

ku cari hingga kutemui......

opppsss............nampak gayanya blog nie dah kantoi ngan memember semua !
so kene la bersopan sket pasnie kot hehehehe.....tak kisah la ape pon yang nak terjadi dan akan terjadi,secara langsung atau tidak sengaja atau tidak terima atau pun tidak balau tetap kene terima segalanya,mungkin blog nie Bos-Bos atasan balau sumer dah tengok tapi tidak mengapa dan selamat datang balau ucapkan.Apa yang balau nak cuba terangkan disini adalah mengenai tujuan dan info yang terkandung didalam sesawang balau nie,mungkin tanpa penerangan dan sedikit maklumat dari pihak balau mungkin ada yang akan tertanya2 dengan pelbagai persoalan kot ....

Sebenarnya balau buat blog nie hanya sekadar tempat yang mana balau merasakan ianya adalah satu medium yang boleh mematangkan diri balau sendiri dididalam meraikan arus kehidupan masa kini agar mungkin tidak jauh ketinggalan ke belakang.....kewujudan blog nie adalah pandangan dan rekaan peribadi balau semata2 dan tidak sama sekali melibatkan memana individu diluar tu,so jgn la terasa plak ek tapi kalau ada yang kebetulan terasa itu mungkin secara kebetulan,so takyah la terasa sgt ek kengkawan.......sendri jatuh sendri la bangun,nama balau nak pujuk mmg susah sket la kan,
Apa yang dok ada dalam blog nie adalah lebih kepada apa yang berlaku sekitar kehidupan kita jer sebenarnya cumanya kita nampak atau tidak dan apa yang balau cuba ketengahkan adalah mengenai bangsa,ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian balau dan perjalanan balau dimerata tempat ,negara yang dikatakan melayu contoh kata adalah seperti indonesia,singapura,thailand dan myanmar (sempadan),makna kata benih jawi dah tersebar kemerata,akan tetapi moral bangsa itu sendiri sebenarnya masih ada atau tidak didalam setiap benih jawi itu sendiri,itulah persoalanya dan cerita yang balau cuba nak kongsikan dgn rakan-rakan dan yang cuba balau luahkan,ini adalah kerana kesimpulan yang balau cuba hiaskan dibibir ini adalah lebih kurang sebegini "dimalaysia balau lihat ramai bangsanya tapi kurang budayanya,tapi di luar sana banyak budaya nya yang tinggal tapi sudah kurang bangsanya" atas dasar itu la balau cuba dengan rakan2 untuk mencari serba sedikit apa sebenarnya yang dah jadi nie.
Balau juga minat terhadap seni dan budaya nie,suka kepada tradisi.dan akan terus cari dan mencari sampai kutemui yang ku cari.contohnya macam yang dicari di thai baru2 ini,mmg benarlah kami temui apa yang dicari,akan tetapi balau tidak mahu benda ini hanya dilihat tanpa dirasai dan begitulah juga yang sepatutnya dalam hidup ini dan zahirnya sememangnya begitu dan harus begitu.
mengapa dan siapa mungkin itu persoalan timbul dan sempadan ini yang menjadi sebahagian alasan mereka mengatakan kita lemah,benarkah berlaku begitu? ermmm takpelah itu nanti balau coretkan diruangan lain.
cuma disini balau hanya perlu menjelaskan kewujudan sesawang ini agar tidak disalah ertikan,itu jer,
"so we are convinience blogers,i'm not perfect but i will try to make it " BALAU10.

Wednesday, January 20, 2010

Bila yang tua berpesan pada si Muda,dulu pada sekarang..dan lama pada yang baharu...

Melayu itu halus budayanya,sungguh pekerti tingkah lakunya sopan dan santun masyarakatnya,senang kata melayu itu lembut dan berbudi bahasa,tutur alun cakapnya bisa menenagkan siapa sahaja yang mendengarnya,tatasusila adab beraja nya menjadi payung daulat kepada negara dan bangsa menjadikan melayu itu benar maruahnya,namun !
AWAS ! pasti dicantasnya tanpa berbicara kesian dah ehsan telah terang serah sebelumnya namun bukan itu alasan mengatakan kami (lemah) bukan lembut dan sopan seperti yang disangka,melayu pasti bangun tanpa sebarang tanda,tiap ketika pasti berjaga mengawasi setiap gerak laku mangsanya,jika melawan dicantas tanpa bicara
-balau 2010-


1. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

2. Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

3. Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
(Syeikh Abdullah Fahim ibni Tuanku Nai Long Ibrahim @ Keramat Tok Perang)

Thursday, January 14, 2010

AKU MAKIN PENINGGG.........

Penat..sungguh penat aku melayan segala kerenah dan permasalahan keliling,tak kira samada dari rakan sekerja,peribadi,dan rakan-rakan diluar sana selagi mana ianya bergelar rakan,muak,jemu,bosan mungkin itulah mungkin dapat aku gambarkan sebahagian dari mungkin perasaan aku,tapi kalau nak diikutkan banyak lagi yang hendak ku luahkan tapi nanti dulu,bak kata pepatah "mesti simpan sekurangnya sebutir peluru jangan bawak kuar habis" seakan hidup penuh dengan kepuraan,tak kisahlah sapa pon gelaran diberi,dimana letaknya namanya atau pangkatnya,bagi aku selagi mana engkau bergelar hamba selagi itulah "kau dan aku sama" cuma mungkin jalan ceritanya sahaja yang mungkin berbeza,tapi aku pedulik haper dengan semua itu,ermmm.....kadang terpikir dgn manusia yang bangga dengan gelaran,yang aku maksudkan disini mungkin dari segi panggilan atau "title" MUNGKIN datuk,ustaz,syeikh,tuan,YB dan pelbagai lagi,persoalan yang aku hendak timbulkan kat sini adakah mereka ini bangga atau teramat bangga dengan panggilan dan gelaran tersebut kerana apa yang terjadi pada hari ini bagi aku mereka ini sendirlah sebenarnya yang telah merosakkan keadaan (bukan semua) dengan anggapan dan tanggapan negatif yang sebenarnya berpunca dari perbuatan dan tingkah laku mereka sendiri samada sedar atau pon tidak,dan mungkin juga golongan seperti ini merasakan sudah berada didalam satu tahap kedudukan yang mungkin dianggap selesa oleh mereka sendiri,dan dalam masa yang sama juga mereka ini dipandang berbeza oleh masyarakat sekeliling dan dianggap sebagai hero (mungkin KOT) atau boleh juga dianggap sebagai ikon kepada masyarakat (tu bagi depa la) tapi berbeza pulanya dengan aku yang mempunyai satu pandangan yang berbeza dengan golongan seperti ini dan aku beranggapan "kau dan aku sama jer",kenapa dan mengapa tak perlu la aku nyatakan disini,ermmmm......bodoh jugak berpikiran didalam kelompok masyarakat seperti aku nie,mungkin jugak kot,tapi apa yang aku cakap nie berasas dan sarat dengan bukti,cumanya biarlah aku simpan semua sebagai koleksi untuk pemikiran yang mendatang,mana la nak tau kot-kot lepas nie ada timbul golongan baru plak,nampak baik,alim,warak tapi hancur gak hahaha.......sori la sapa2 yang terkene mungkin ataih batang idun,bukan apa,cuma pasai kita nie kot yang terlalu meletakan disatu kedudukan yang tinggi dan mungkin membezakan diri kita dengan yang lain ( belagak pandai atau buat-buat alim KOT) cumanya aku dah mula merasakan satu stigma yang mana golongan ini sendiri yang mahukan satu penghormatan diberikan kepada mereka mungkin juga oleh kerana satu tahap dan suasana yang mendorong mereka kearah sedemikian contohnya dah dok dgn geng-geng ulama,kesana kemari'sama-sama geng-geng ulama',kawan2 suma dah dipanggil ostat pasai apa aku ni depa tak leh ka nak panggi ostat jugak,atau mungkin juga dok sibuk dah kawan ngan datuk2 dan merasakan diri juga perlu mendapat dan mungkin berusaha kearah itu,mungkin kot (itu pandangan aku jer),tapi bodohhh....kau tetap bodoh......

awas !!!! anda yang terlibat,mungkin gelak ketawa bersama tapi golongan ini adalah dikategorikan juga sebagai sebahagian golongan munafik,dan bukan dari keturunan aku bergaul dengan munafik nie (ehh pasai apa bunyik macam marah sgt nie)

bukan nak marah sgt cuma disini aku nak tekan kan ko nak buat aper pon buat laaa aku takan pedulik tapi yang aku akan amik pedulik adalah apa yang mungkin golongan bodoh nie buat akan menjejaskan segala mereka yang berkaitan dengan aku.

ooppsss pasai apa banyak sgt aku terangkan perkataan BODOH ek dalam penulisan kali nie,malas ar nak jawab hangpa pikiq la sendiri,takan semua nak kene suap,hangpa pon nak jadik macam depa nie BODOH.......

"ya allah kau berikanlah aku kekuatan dari segi spiritual khususnya agar dapat ku berdepan dengan golongan yang kukatakan "bodoh" ini,kerana golongan ini lah bagiku sebenarnya yang cuba merosakan tanggapan suci terhadapa akidah ini oleh kerana atas tingkah laku dan perbuatan mereka sendiri yang mencerminkan segalanya,aku pohon pada mu ya allah agar kau buka kan la pintu hati mereka agar merasakan cinta dan kasih terhadap sesama makhluk wujud didalam perasaan setiap dari meraka,supaya dengan ini lebih mudah bagi kami meneruskan apa yang disampaikan oleh kekasih mu didalam keberkesanan bersama dan bersatu kearah satu,ku pohon lindungilah diri dan waris keturunan ku dari helah dajjal dunia ini agar dengannya dapat ku niti bara api kehidupan ini dengan tenang,jgn lah kau uji dugaan ini kearah mendatang kerana ku khuatir tidak terdaya oleh waris zuriat ku mengharunginya,kerana diri ni juga hampir terdaya olehnya,kau bukakanlah lorongan yang khusus buat mereka agar seiring dengan apa dikatanya,aminnnnn."
p/s :
walau macam mana bodoh pon mungkin org akan kata,aku tetap sayang.....peace no war hehehe...

Tuesday, November 10, 2009

Wasiat bangsa.....


Wasiat Pertama-
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)


Wasiat Kedua-
Kami Isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan da
n simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 Peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


Wasiat Ketiga-
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekaca
uan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.


Wasiat Keempat-
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara ini.


Wasiat Kelima-
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan


Wasiat Keenam
Kami tetapkan bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu


Wasiat Ketujuh-
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambahanak negri Sabah dan Sarawak)


"Apa yang aku bawakan adalah amanah sebagai seorang seorang Melayu untuk disebarkan kepada sekalian umat Melayu supaya diantara kita sedar bahawa inilah amanah yang telah dipertanggung jawabkan untuk kita jaga. menjaga tanah air tercinta"Apa yang kita sedar atau tidak lewat ini,berapa ramai yang katanya melayu yang sopannya bersantun lembutnya berseni tuturnya penuh berbudaya,atau hanya benar dikata melayu itu hanyalah tinggal nama semata mungkin juga,.-BALAU

Penat sudah bangsaku berjalan.......


Besar kemungkinan Melayu berasal dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. sementara orang China berasal dari Sin bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Melayu berasal dari orang Hitti (Hittites) atau juga digelar Hatti, Chatti, Khitai, Cathay. Orang Hitti digolongkan sebagai oleh Barat sebagai Mongoloid yang merupakan sebahagian dari asal-usul bangsa China itu sendiri. Bangsa Melayu ada 1,368 bahasa, China-Tibet 403 ada bahasa. Banyaknya bahasa Rumpun Melayu menjadikannya ia bangsa kedua paling banyak bahasa selepas bahasa Niger-Congo berjumlah 1,514 bahasa. Sebenarnya bahasa rumpun Melayu lebih banyak dari bahasa Rumpun China, sekaligus menolak kemungkinan bahawa Melayu berasal dari bangsa China.
Boleh diterima pendapat bahawa Melayu telah ada di Nusantara sejak selepas taufan Nuh a.s. (4,000 tahun lampau). Mereka berkembang biak, terutamanya di kawasan banjaran Himalaya dan Kemboja. Kemudian Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah (isteri ketiga). Kemungkinan Keturah dari bangsa Melayu (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani tidak tahu asal usul bangsa Keturah) dan melahirkan 6 orang anak yang mungkin kesemuanya menetap di Nusantara ini (Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa 6 anak Ibrahim a.s. ini berada di tempat yang ‘amat jauh’ – di sebelah Timur).
Kemungkinan mengapa asal-usul Melayu dianggap misteri ialah kerana Melayu itu ada dua kelompok dimana kelompok pertama lebih gelap kulitnya dan kerinting sementara kelompok kedua cerah dan berambut lurus. Kelompok pertama inilah orang Hitti dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kelompok kedua dari keturunan Ibrahim a.s. (ini berdasarkan pendapat Ibnu Athir ahli sejarah Islam) apabila baginda mengahwini Keturah yang besar kemungkinannya berbangsa Melayu (ini berdasarkan cerita bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Kemboja dan berkahwin di sana). Kelompok kedua inilah yang menjadi Melayu Induk pada zaman ini dan boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Kelompok pertama itu biasanya digelar Rumpun Melayu dan mereka ini biasanya digelar Kaum Asli (aborigines atau natives) dan inilah yang menduduki Melanesia, Polynesia, Madagaskar, Hawaii hatta hingga benua Amerika.
Rupa bangsa Hitti (Funan atau Cathay) yang asal itu dikatakan memang gelap kulitnya, kerinting rambutnya, bibirnya agak tebal, hidungnya agak pesek dan besar, agak rendah, pelipis, misai dan janggut kaum lelakinya jarang-jarang atau tidak ada langsung. Bangsa Melayu-Deutro agak berbeza, kulitnya agak cerah, rambutnya lurus atau ikal mayang, tubuhnya lebih tinggi, lelakinya ada pelipis, misai dan janggut tapi masih nipis juga. Ada catatan menyatakan ini hasil dari kahwin campur. Pertamanya kerana Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Keturah, kedua kerana kahwin campur dengan orang-orang Yunan dan Taiwan (Pekan).
Apakah jatidiri sebenar orang Melayu? Dari pelbagai rujukan saya dapati bahawa bangsa Melayu dikenali sebagai bangsa yang patuh pada suruhan agama (monotheist - percaya keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya), dan kerana itulah mereka menjadi bangsa yang hebat. Ini sebenarnya adalah syariat Nuh a.s. dan syariat Ibrahim a.s. dan saya percaya orang Melayu adalah antara bangsa yang paling patuh kepada syariat ini. Ini mungkin menjadi sebab mengapa Melayu di Nusantara dapat diIslamkan dalam tempoh 60 tahun saja. Maka saya berpendapat bahawa jatidiri Melayu adalah pada agama yang dianutinya (Islam) sejak zaman Nuh a.s. lagi. Ianya ada mengalir dalam darah mereka, iaitu darah Nuh a.s., Ibrahim Khalilullah dan Keturah.
Berikut adalah pendapat saya mengenai jatidiri Melayu yang mengalir dalam darah mereka. Ciri sabar, belas kasihan dan bersyukur diwarisi dari Nuh a.s. Ciri penjelajah dan pedagang diwarisi dari darah Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. (bangsa Kanaan amat terkenal sebagai pedagang). Ciri menegur cara baik, patuh pada suruhan Allah, suka mengkaji, minda kritis, berhujah, rajin bertanya dan ingin tahu, berani dan ikhlas diwarisi dari darah Ibrahim a.s. Ciri toleransi, hospitaliti, lemah lembut, manis muka, berbudi bahasa dan kesopanan tinggi diwarisi dari Keturah. Saya mencatat ini berdasarkan kepada beberapa sumber rujukan terutamanya dari kisah Rasul dalam Al-Qur’an.
Dua ciri yang dianggap negatif pada orang Melayu ialah amok dan latah. Saya berpendapat bahawa amok berpunca dari sifat sabar dan suka mengalah. Latah pula berpunca dari ikhlas dan kepatuhan yang tinggi. Saya tolak pendapat yang melabel orang Melayu sebagai malas. Rajin tidak boleh diertikan sebagai rajin mencari wang semata-mata.
Dapat dilihat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang paling bersopan dan berbudi pekerti tinggi berbanding bangsa lain (yang selalunya ‘kasar’ dan ‘kurang ajar’ dari perspektif orang Melayu). Saya melihat bahawa ciri inilah yang menyebabkan Melayu mudah menyesuaikan diri dengan situasi baru dan tempat baru (dulu mereka suka berpindah randah) dan baik hati serta suka menolong oranglain (ini adalah antara ciri-ciri syariat Nuh a.s. dan Ibrahim a.s.) Dari sudut ilmiah, ciri-ciri Melayu ini banyak dicatat oleh para sarjana. Pendek kata, budi pekerti yang diamalkan oleh orang Melayu (hingga kepada adat beralas tangan) adalah dari didikan agama sejak zaman silam dan ia berasal dari nilai-nilai Islam (syariat Nuh a.s dan Ibrahim a.s.).
Apabila membicarakan jatidiri Melayu, pada saya tidak cukup untuk menyatakan bahawa Melayu dulu hebat dari segi penjelajahan, penjajahan dan perdagangan, tapi juga dari segi kepatuhan kepada suruhan agama yang dianuti dan sanggup berkorban kerana agama. Lihat Candi Borobudur lambang keagungan kerajaan Sri Vijaya dan Angkor-Wat di Kemboja (mungkin Buddha itu salah seorang dari 313 Rasul yang diutus, dalam Al-Qur’an diceritakan 25 orang Rasul saja, kebanyakannya diutus kepada Bani Israel). Dan patut juga diselitkan bahawa Melayu itu mewarisi darah Nuh, Ibrahim dan Keturah dan tentunya ciri-ciri hebat yang ada pada mereka.
Dari segi mengapa orang Melayu merantau hingga 60% muka bumi meredah lautan, saya mendapati dari catatan sarjana antara puncanya ialah kerana diserang oleh orang Khmer (lihat saja bagaimana Khmer-Rouge melakukan penghapusan etnik di Kemboja). Dalam ertikata lain, antara sebabnya bukanlah kerana berdagang atau menjelajah tapi mengelakkan pertumpahan darah. Sebab itulah mereka tinggal menetap di tempat yang baru ini. Mereka yang melarikan diri ini adalah dari golongan bangsawan bersama pengikut setianya yang kemudiannya menubuhkan kerajaan baru di bumi yang baru. Kemudiannya mereka inilah yang menjadi golongan pedagang.
Renungan:Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Ghafir 040:21).Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi. (An-Nur 024:10) " sumber ibn yusof mega sutra 09 "

with my climber team.....

with my climber team.....
at brinchang peak after run down from the peak of irau.

@ MEDIA.....

@ MEDIA.....
Merasmikan penutupan program "HIJRAH ILMU" akademi zakat selangor di kem mega kristal kuala selangor.

dalam negeri

Pergilah wahai anakku........

Pergilah wahai anakku........
ku syukur,gembira,sedih bercampur hiba,ya allah dapat ku bayangkan betapa bangganya melahirkan para shuhada' ini,penggenggaman penuh tabah,mengheret hati2 yang kaku mambasahi jiwa yang gersang dengan secubit kiasan petunjuk kekuasaan alam ciptaan,merobek,meruntun jiwa2 pencinta agama,menerjah kejiwaan seorang hamba,didalam menuntut saki baki perjuangan seorang hamba."wahai anakku,ku taburkan dikau dengan ilmu menjadikan dikau mulia disisi tuhanmu,dulu katamu kupenjamin mu disyurga,tapi kini kulepaskan mu sebagai penjamin shuhada' syurga.amin ya rabbal alamin.

best video ever and ever from balau.

kami di dusun resort....

kami di dusun resort....
aduh...bosan siot,dorang nak wat ape lagi nie "mungkin itu la yang dibisikan sesama mereka pada ketika ini,tapi ini lah mulanya perjalanan kehidupan kita dalam mencari erti sebenar kehidupan.jangan leka sahabat2 ku,pernahkah terfikir apakah yang anak kita kan makan dimasa hadapan,apakah yang akan dipakai anak kita pada masa hadapan,corakkan lah ianya pada dirimu dahulu.

z2

sejarahnya

sejarahnya.....

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".H.R. Abu DaudKeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

z3

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

HAYATI PESANAN PANGLIMA AGUNG INI.......

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.
Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.

z4

PELENGKAP PEMAKAIAN.....

PELENGKAP PEMAKAIAN.....
Ianya dibuat mengikut ukuran tertentu oleh sipemakai,ianya boleh juga digunakan didalam keadan gelap sekali pun tidak bercahay insayallah sampai la ia.

pandangan ku

kehidupan harianku

kerja

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-
Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..

satu kewajipan....

Adakah anda maklum LZS telah menyediakan Sistem ZakatOnline bagi melihattransaksi bayaran zakat dan mencetak penyata pembayaran zakat anda?
Sistem ZakatOnline dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pembayarzakat di LZS. Sekiranya anda masih belum berdaftar, pendaftaran bolehdilakukan di
https://zakatsel.com.my/secure/e-zakatONLINE/daftar.asp
Selain daripada kemudahan yang disebutkan di atas, Sistem ini jugamembenarkan setiap pembayar membuat kemaskini maklumat diri sepertialamat rumah dan pejabat, email, pekerjaan dan sebagainya.
Apa yang diharapkan LZS ialah setiap pembayar dapat melihat setiaptransaksi pembayaran zakat serta mengemaskini maklumat peribadi mereka agarmemudahkan urusan menghantar penyata zakat, penghantara majalah Asnafdan sebagainya.
Wassalam
Lembaga Zakat Selangor (LZS)Aras 9 & 10, Menara SelatanBangunan Sultan Idris ShahPersiaran Masjid40000 Shah AlamSelangor

Apa itu melayu.....

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama
bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[2]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab
Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara
Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[2]

selawat-ungu band

salam akhir...1969-2009