LANGKAH BERBUDAYA...

LANGKAH BERBUDAYA...
Sayup hati melangkah kaki menuju kedalam dewan,mendengar semboyan bergema seluruh pelusuk dewan,menerjah masuk ke gegendang telinga aku pada waktu tu.Rendah rasa diri pabila menjunjung membawa yang padanya terselit dua makna kitab dan kekasihnya..

usah berduka bangsaku...

"Melayu itu hebat.Biar bermandi darah, Amarah tetap dibasuh dengan sabar. Kekuatan dalam penyatuan. Kalau dicantas tanpa teguran, Maka Melayu bangun untuk melawan.Jika datangnya berbudi bahasa, melayu sambut dengan santunnya. Jika sebaliknya ditentang tanpa bicara"
-balau 09-


" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "

" MERUNGKAP SEJARAH JAWI DARI SEMENANJUNG KE AYUTHAYYA THAILAND 12 feb - 21 feb 2010 "
12 - 21 Februari 2010,balau akan bersama rakan2 yang lain akan menyusul sejarah awal bani jawi ditanah gading putih dari semenanjung hingga ke ayuthayya thailand,banyak sejarah yang akan dirungkap sepanjang perjalanan kesana,nantikan anak cucuku sekalian bagi mengenali sebenar bangsamu,mungkin ini mampu ku tinggalkan dimasa akan datang sebagai satu bahan kajian dan rujukan mungkin juga akan menjadi kebanggaan mereka dimasa akan datang.semoga ianya memberikan manfaat bersama dan doakan segalanya lancar insyaallah,nantikan rentetannya - balau 10 ( klik pada gambar )

perjalanan balau Malaysia - Thailand

perjalanan balau Malaysia - Thailand
( klik pada gambar untuk melihat gambar )

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....

Pesanan Yang Tua Kepada Yang Muda....
Tok ayah said.....

Monday, April 27, 2009

CERITA RM15 DAN 15 RIBU DI BUKIT JALIL.....


Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu turut menambah gelaran Liga "M" musim 2009 ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Januari lalu biarpun terpaksa mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit.
Skuad Wira Merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah, Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100.
Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.
Di depan kira-kira 80,000 penonton, seawal minit kedua sudah menyaksikan Safee Sali dan R. Surendren terlepas tandukan ketika mencari gol awal daripada satu sepakan sudut D. Surendran setelah penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail terlebih dulu mendakap bola.
Safee, ayam tambatan Merah Kuning, pula mensia-siakan peluang kedua, empat minit kemudian dengan rembatan lambung kaki kiri yang sepatutnya lebih kuat kerana Shahrizan sudah terlajak ke depan.
Gergasi Merah tiba-tiba kelam-kabut di depan gawangnya pada minit ke-8 dengan asakan mengejut Si Kijang namun bek tengah, Nasriq Baharom berjaya meleraikan kegawatan itu dengan pantas merembat keluar.
Pembaziran peluang Kelantan berlaku pada minit ke-11 menerusi sepakan bebas sayap kirinya, Indra Putra Mahayuddin yang sekadar melambung tinggi, begitu juga rembatan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali, 10 minit selepas itu.
Kesempatan terbaik untuk menebus kesilapan itu yang turut mengejutkan Selangor tiba pada minit ke-23 apabila rembatan kaki kanan Indra sempat menggegarkan palang ketika penjaga gol lawan, Hamsani Ahmad sudah pun tumpas.
Pada minit ke-52, Selangor mengorak langkah dengan asakan yang lebih meyakinkan lalu nyaris beroleh gol sulung jika tandukan ketua pasukan, Amri Yahyah lebih tajam dihala melepasi Shahrizan.
Merah Kuning sekali lagi berpeluang baik menerusi rembatan kaki kiri Rudie Ramli yang memusingkan badannya daripada sepakan bebas D. Surendran pada minit ke-68 namun Shahrizan masih tangkas membaca dan menangkapnya.
Kelantan sebaliknya enggan mengalah dengan tentangannya lalu minit ke-83 menyaksikan penyerangnya, Nor Farhan Muhammad yang diumpan Khalid Jamlus, meledakkan rembatan sebelum ditumbuk ke depan oleh Hamsani.
Gol yang ditunggu-tunggu kira-kira 50,000 penyokong Kelantan, dicipta dengan tandukan Nor Farhan pada minit ke-92 dengan menyudahkan umpanan lambung ketua pasukan, Badhri Radzi selepas mendapat tolakan Khalid dari sebelah kanan.
Bagaimanapun pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan itu langsung lenyap lapan minit kemudian apabila ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Malah Surendran hampir menjaringkan gol kemenangan Selangor menerusi rembatan deras kaki kanannya pada minit ke-113 yang bagaimanapun berjaya ditepis keluar Shahrizan dengan meyakinkan.

Friday, April 17, 2009

PANGLIMA BALAU SEHARI DI PENJARA...



Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. ‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pegi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas warder.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. ‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kata warder.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut warder, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung ‘pegi dengan rela’ setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.’ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih warder ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnyabila ‘gear’ ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.’Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.’Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata warder.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada wrder. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. Innalillahiwainnailaihiraji’uun …….
“Ya ALLAH ya tuhan ku, ampunkan lah dosa anak-anak ku. Jauhkan lah mereka dari penyakit, mala petaka dan fitnah. Panjangkan dan berkatilah umur mereka, murahkan lah rezeki mereka, terangkan lah hati mereka dan tetapkan lah iman mereka. Permudahkanlah segala urusan mereka semoga memperolehi kebahgiaan, kejayaan dan keredhaan Mu di dunia dan di akhirat …..” - panglima balau.

Monday, April 13, 2009

50 % LESS DARI HARGA KEDAI.......


Kepada sesiapa yang berminat,bermacam alatan sukan dari jenama NIKE DAN ADIDAS,barangan seperti dibilek pameran kedai2 sukan,kami boleh memberikan 50% potongan dari harga asal.

1-kasut bola/futsal (nike dan adidas)
2-jersi pasukan/individu (nike dan adidas)
3-seluar track/3 suku (nike dan adidas)
4-Badminton racket (yonex) latest design.

bagi yang tak mampu nak pi beli kat kedai tue boleh la cuba disini,kualiti sama,barang sama,brand sama,suma sama cuma harga yang lain,so what do you waiting for? just call me at no 019-2229085 or mail at wataniah502@gmail.com ia juga boleh isi poket anda,saya bagi harga asal so korang nak jual baper tak jadi masalah,amacam ader bran?

OLD SKOLL BEB....

KELAB PENYOKONG TERBAIK......



Pertembungan tradisi menemukan pertemuan perlawan bola sepak diatas padang dan pertembungan kawalan emosi di bangku penonton yang menyaksikan.Perasaan geram,marah dan kadang-kadang rase cam nak baling kerusi jer kat pemain adalah biasa dan perkara ini tidak dapat diperolehi dengan menonton perlawanan bola sepak hanya duduk tebongkang depan tv di rumah atau di kedai mamak sahaja,akan tetapi kawalan emosi yang kuat membezakan kesemua itu,atas sebab kawalan emosi yang makin hari makin sempurna inilah kami di barisan kelab penyokong selangor boleh dikategorikan sebagai "kelab penyokong terbaik" di malaysia,dimulakan dengan pukulan gendang semangat seolah bunyian "semboyan" yang mampu meniup kedalam jiwa setiap pemain dan sebagai tanda kepada pemain bahawa mereka tidak keseorangan.lalu terdengar pula "inilah barisan kita,yang ikhlas berjuang" dan di akhiri dengan bait-bait yang berbunyi seperti ini "sebelum kita berjaya,jangan harap kami pulang" memang jelas dan nyata mampu menaikan semangat pemain dan mempu membuat jurulatih K DEVAN bangun dari bangku nya untuk meninjau ketepi pada,seolah-olah mahu bercakap kepada pemain nya "woii jgn hampakan penyokong kita main bebetol dol" hahaha itu hanya la anggapan aku semata2.apa pon makin hari kebelakangan ini aku lihat satu sikap yang kurang menyenangkan dikalangan penyokong lawan mahupun segelintir sahaja penyokong selangor mengenai sikap dan adab didalam menonton,perlukah dan sudah cukupkah "sport spiritual"didalam diri setiap penyokong,kerana ini jelas dan nyata bukan sebahagian dari budaya kita.kerana kita adalah kelab penyokong terbaik.so mohh kiter buktikan pada perlawanan 18 hb april ni distadium shah alam didalam perlawan separuh akhir ke-2 SELANGOR VS PERLIS.jom kita penuhkan stadium beb,tapi sebelum masuk solat dulu takut tak sempat nak solat distadium.

post by :Panglima Balau.

Friday, April 10, 2009


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.-IR Nizar Jamaluddin.

Thursday, April 9, 2009

apa yang kau sibuk juangkan...


Engkau ingin berjuang , Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban Engkau ingin berjuang, Tapi hanya ingin jadi pemimpin Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau korbankan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan, Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan Engkau ingin berjuang, Disiplin diri engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Janji kurang engkau tunaikan Engkau ingin berjuang, Kasih sayang engkau cuaikan Engkau ingin berjuang, Tetamu engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Anak isteri engkau lupakan Engkau ingin berjuang, Ilmu berjuang engkau tinggalkan Engkau ingin berjuang, Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan Engkau ingin berjuang, Pandangan engkau tidak diselaraskan Engkau ingin berjuang, Rasa bertuhan engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Iman dan taqwa engkau lupakan Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan.......Muhammad zaki zahari.

YANG PAHIT TIDAK SELAMA NYA AKAN PAHIT....



4 april baru2 ini adalah gelanggang bagi mencungkil segala apa yang terselit dalam diri setiap individu di LZS,baik dari segi bakat terpendam mahupun komitmen terhadap organisasi,dari sini segalanya adalah mencerminkan satu maksud yang membawa kepada makna kesetian dan kesepaduan didalam kelompok membina jatidiri didalam setiap warga kerja khususnya LZS sendiri.apa pun pengertiannya adalah sekadar tulisan semata2,yang memerlukan kepada pembuktian secara praktis,waktu nielah aku kenal kengkawan,hubungan makin akrab,yang mana selama ni nak bertegur pun susah,tapi bila disini aku merasakan keakraban ini sukar dicari kan seronok kalau bekerja dalam keadaan seperti ini,bukanya bekerja didalam tekanan macam ka sini (BRP),bkn aku nak katakan di sini tak bagus atau tak elok,paad pandangan kasar aku perkara ini adalah sikap kita itu sendiri,pi la memaner pon kalau macamnie la gaya sikap kita kemana pon kita pegi,apa pon jawatan kita pegang,masalah sama pasti berlaku,so sekarang aku kene pikirkan macam mana nak ubah sesuatu perkara supaya memberi faedah kepada diri aku keluarga dan masyarakat,pada aku org dok sibuk cerita pasal masalah,masalah,masalah tapi berapa ramai yang memandang kepada bagaimana nak selesakan masalah itu "USAHA KEJAYAAN ADALAH SEPERTI PANJAT POKOK,KITA TAKAN SAMPAI KEATAS JIKA MENYIMPAN TANGAN DALAM POKET"-

BALAU 9 APRIL 2009 940 a.m

Asal usul bangsaku....



Asal usul bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [6] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

[sunting] Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

[sunting] Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

[sunting] Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

[sunting] Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Wednesday, April 8, 2009

PENING KEPALA DGN ORANG BAWAHAN.....




Rasanya bukan sekadar aku sahaja yang merasakan perkara yang makin lama makin berkulat dihati tapi dapat kusarasakan mereka yang lain juga turut merasakan apa yang aku rasakan,geramm ar rasanya kenapa dia sibuk nak masuk campur dalam urusan kerja aku sedangkan dia tidaka ada kene mengena dgn apa yang aku buat (job position),kengkadang aku rimas kengkadang aku nak larik jer dari kerja macam nie tapi apa nak kubuat takan sbb nyamuk kelambu nak ku bakarkan,ermm "biarlah" bukan alasan yang sesuai untuk aku luahkan didalam keadaan seperti ini,apa yang aku perlu buat bukanlah hanya duduk diam dan menunggu sesuatu keputusan ajaib semata mata,tapi aku kene cari dimana cara sesuai untuk aku menutup "tompok najis" ini agar ia tidak kelihatan dan berbau.kalau dengar dia bercakap seolah macam semua dia tahu,ape nie aku makin bosan ar ngan perangai ko nie,membabi tula jer,takder point,seolah-olah ko mengaji tinggi plak (padahal spm jerk),ko nak becerita hal hukum agama seolah2 ko belajar di universiti plak,padahal apa hujja yang dia guna pakai pada asnaf semuanya adalah buah pikiran aku yang di "copy right" pastu pi dok sembang dgn depa seolah dia la yang tau segala-galanya,aku bosan,bosan sgt2.kengkadang aku lari keluar dari opis nie biler dgr dia mengumpat mencerca,aku tak nak report kat sesapa tapi sekadar berkongsi dengan kenalan sekerja dan kekadang aku simpan jer,apa pon aku bosan dgn semua yang terjadi,bayangkan tiap2 hari aku kene dgr benda yang sama,membebel jer kejer,semua tak betol,ini tak betol over tol dia nie,hanya satu jer yang aku boleh cakap "BODOH SOMBONG"
-pegawai yang pening.

with my climber team.....

with my climber team.....
at brinchang peak after run down from the peak of irau.

@ MEDIA.....

@ MEDIA.....
Merasmikan penutupan program "HIJRAH ILMU" akademi zakat selangor di kem mega kristal kuala selangor.

dalam negeri

Pergilah wahai anakku........

Pergilah wahai anakku........
ku syukur,gembira,sedih bercampur hiba,ya allah dapat ku bayangkan betapa bangganya melahirkan para shuhada' ini,penggenggaman penuh tabah,mengheret hati2 yang kaku mambasahi jiwa yang gersang dengan secubit kiasan petunjuk kekuasaan alam ciptaan,merobek,meruntun jiwa2 pencinta agama,menerjah kejiwaan seorang hamba,didalam menuntut saki baki perjuangan seorang hamba."wahai anakku,ku taburkan dikau dengan ilmu menjadikan dikau mulia disisi tuhanmu,dulu katamu kupenjamin mu disyurga,tapi kini kulepaskan mu sebagai penjamin shuhada' syurga.amin ya rabbal alamin.

best video ever and ever from balau.

kami di dusun resort....

kami di dusun resort....
aduh...bosan siot,dorang nak wat ape lagi nie "mungkin itu la yang dibisikan sesama mereka pada ketika ini,tapi ini lah mulanya perjalanan kehidupan kita dalam mencari erti sebenar kehidupan.jangan leka sahabat2 ku,pernahkah terfikir apakah yang anak kita kan makan dimasa hadapan,apakah yang akan dipakai anak kita pada masa hadapan,corakkan lah ianya pada dirimu dahulu.

z2

sejarahnya

sejarahnya.....

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".H.R. Abu DaudKeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

z3

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....

pesanan mu di Hati-hati pejuang kebenaran.....
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

HAYATI PESANAN PANGLIMA AGUNG INI.......

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.
Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.

z4

PELENGKAP PEMAKAIAN.....

PELENGKAP PEMAKAIAN.....
Ianya dibuat mengikut ukuran tertentu oleh sipemakai,ianya boleh juga digunakan didalam keadan gelap sekali pun tidak bercahay insayallah sampai la ia.

pandangan ku

kehidupan harianku

kerja

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-

" HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN ".-tok janggut-
Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..

satu kewajipan....

Adakah anda maklum LZS telah menyediakan Sistem ZakatOnline bagi melihattransaksi bayaran zakat dan mencetak penyata pembayaran zakat anda?
Sistem ZakatOnline dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pembayarzakat di LZS. Sekiranya anda masih belum berdaftar, pendaftaran bolehdilakukan di
https://zakatsel.com.my/secure/e-zakatONLINE/daftar.asp
Selain daripada kemudahan yang disebutkan di atas, Sistem ini jugamembenarkan setiap pembayar membuat kemaskini maklumat diri sepertialamat rumah dan pejabat, email, pekerjaan dan sebagainya.
Apa yang diharapkan LZS ialah setiap pembayar dapat melihat setiaptransaksi pembayaran zakat serta mengemaskini maklumat peribadi mereka agarmemudahkan urusan menghantar penyata zakat, penghantara majalah Asnafdan sebagainya.
Wassalam
Lembaga Zakat Selangor (LZS)Aras 9 & 10, Menara SelatanBangunan Sultan Idris ShahPersiaran Masjid40000 Shah AlamSelangor

Apa itu melayu.....

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama
bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[2]
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab
Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara
Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[2]

selawat-ungu band

salam akhir...1969-2009