
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.
Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.
Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.
Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!
Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.
Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.
Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.
Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.
Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.-IR Nizar Jamaluddin.
No comments:
Post a Comment