opppsss............nampak gayanya blog nie dah kantoi ngan memember semua !so kene la bersopan sket pasnie kot hehehehe.....tak kisah la ape pon yang nak terjadi dan akan terjadi,secara langsung atau tidak sengaja atau tidak terima atau pun tidak balau tetap kene terima segalanya,mungkin blog nie Bos-Bos atasan balau sumer dah tengok tapi tidak mengapa dan selamat datang balau ucapkan.Apa yang balau nak cuba terangkan disini adalah mengenai tujuan dan info yang terkandung didalam sesawang balau nie,mungkin tanpa penerangan dan sedikit maklumat dari pihak balau mungkin ada yang akan tertanya2 dengan pelbagai persoalan kot ....
Sebenarnya balau buat blog nie hanya sekadar tempat yang mana balau merasakan ianya adalah satu medium yang boleh mematangkan diri balau sendiri dididalam meraikan arus kehidupan

masa kini agar mungkin tidak jauh ketinggalan ke belakang.....kewujudan blog nie adalah pandangan dan rekaan peribadi balau semata2 dan tidak sama sekali melibatkan memana individu diluar tu,so jgn la terasa plak ek tapi kalau ada yang kebetulan terasa itu mungkin secara kebetulan,so takyah la terasa sgt ek kengkawan.......sendri jatuh sendri la bangun,nama balau nak pujuk mmg susah sket la kan,
Apa yang dok ada dalam blog nie adalah lebih kepada apa yang berlaku sekitar kehidupan kita jer sebenarnya cumanya kita nampak atau tidak dan apa yang balau cuba ketengahkan adalah mengenai bangsa,ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian balau dan perjalanan balau dimerata tempat ,negara yang dikatakan melayu contoh kata adalah seperti indonesia,singapura,thailand dan myanmar (sempadan),makna kata benih jawi dah tersebar kemerata,akan tetapi moral bangsa itu sendiri sebenarnya masih ada atau tidak didalam setiap benih jawi itu sendiri,itulah persoalanya dan cerita ya

ng balau cuba nak kongsikan dgn rakan-rakan dan yang cuba balau luahkan,ini adalah kerana kesimpulan yang balau cuba hiaskan dibibir ini adalah lebih kurang sebegini
"dimalaysia balau lihat ramai bangsanya tapi kurang budayanya,tapi di luar sana banyak budaya nya yang tinggal tapi sudah kurang bangsanya" atas dasar itu la balau cuba dengan rakan2 untuk mencari serba sedikit apa sebenarnya yang dah jadi nie.Balau juga minat terhadap seni dan budaya nie,suka kepada tradisi.dan akan terus cari dan mencari sampai kutemui yang ku cari.contohnya macam yang dicari di thai baru2 ini,mmg benarlah kami temui apa yang dicari,akan tetapi balau tidak mahu benda ini hanya dilihat tanpa dirasai dan begitulah juga yang sepatutnya dalam hidup ini dan zahirnya sememangnya begitu dan harus begitu.

mengapa dan siapa mungkin itu persoalan timbul dan sempadan ini yang menjadi sebahagian alasan mereka mengatakan kita lemah,benarkah berlaku begitu? ermmm takpelah itu nanti balau coretkan diruangan lain.
cuma disini balau hanya perlu menjelaskan kewujudan sesawang ini agar tidak disalah ertikan,itu jer,
"so we are convinience blogers,i'm not perfect but i will try to make it " BALAU10.
sejarahnya.....
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".H.R. Abu DaudKeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
HAYATI PESANAN PANGLIMA AGUNG INI.......
"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.
Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.
Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.
satu kewajipan....
Adakah anda maklum LZS telah menyediakan Sistem ZakatOnline bagi melihattransaksi bayaran zakat dan mencetak penyata pembayaran zakat anda?
Sistem ZakatOnline dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pembayarzakat di LZS. Sekiranya anda masih belum berdaftar, pendaftaran bolehdilakukan di https://zakatsel.com.my/secure/e-zakatONLINE/daftar.aspSelain daripada kemudahan yang disebutkan di atas, Sistem ini jugamembenarkan setiap pembayar membuat kemaskini maklumat diri sepertialamat rumah dan pejabat, email, pekerjaan dan sebagainya.
Apa yang diharapkan LZS ialah setiap pembayar dapat melihat setiaptransaksi pembayaran zakat serta mengemaskini maklumat peribadi mereka agarmemudahkan urusan menghantar penyata zakat, penghantara majalah Asnafdan sebagainya.
Wassalam
Lembaga Zakat Selangor (LZS)Aras 9 & 10, Menara SelatanBangunan Sultan Idris ShahPersiaran Masjid40000 Shah AlamSelangor
Apa itu melayu.....
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.[2] Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.[2]Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.[2]
No comments:
Post a Comment