hang wajib,wajib masuk neraka"
berpesan guru pada si anak......
Sedang elok duduk diatas kerusi empuk di pejabat nie tiba-tiba balau disapa oleh seorang ibu tua yang menceritakan segala permasalahan kepada balau pada tika itu,si tua ini tadi menceritakan bahawa kesemua anak-anaknya sudah tidak
mengendahkannya lagi malahan sepemakluman balau ibu tua itu diarahkan sendiri oleh anaknya untuk memohon bantuan dengan kami,persoalannya begitu rendah si anak tadi meletakkan martabat dan maruah si ibu tua tadi dengan mengarahkan sedemikian,kata ibunya si anak pertama bekerja s
ebagai guru,yang ke dua juga guru yang ketiga pula lulusan al-azhar mesir dalam jurusan perubatan,barangkali doktor mungkin.fuhhh...semuanya berjawatan dan memiliki pendapatan yang cukup untuk menampung segalanya,tapi apa masalah sebenarnyanie....setelah panjang lebar penerangan di berikan lalu aku menghulurkan borang permohonan kerana mungkin itu yang boleh memujuk hati si tua ini tadi,takpelah aku cuba raikannya pada tika itu..


sebelom ibu tua itu beredar sempat dia berpesa dan bertanya padaku "encik nie ada mak ayah lagi tak? jawapan ku pantas mengiyakan persoalan tadi,berkata si ibu tua tadi "jagalah mak ayah tue elok-elok nak berjaya dunia akhirat nie semua dgn dia,tak payah belajar tinggi-tinggi pon tak pa pasti boleh berjaya,pasti (jelasnya lagi) mak ayah boleh jaga anak sampai 10 orang, anak nak ja
ga mak ayah yang 2 orang nie pon tak mampu,kalau kamu dapat gaji bagilah kat mak ayah walaupon 10 ringgit,dari sepuloh ringgit tu lah punce beribu ringgit lagi,pasti (dgn nada yakin) susah macam mana pon jangan hantar mak ayah masuk rumah orang tua,pasti ke neraka kamu"


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4)Tolong kemas bilik : RM2.00
5)Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
balau hanya sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan samada sedar atau tidak sebenarnya inilah realiti hidup kita selagi bergelar anak,tanggung dan jawab kepada ibu bapa diheret sampai akhir nanti,
"ya allah sebelum angin lembut itu datang membelai tubuh ku,mengiringi perjalanan roh
ku menghadap mu,kau berikanlah aku kekuatan,rezeki dan ketabahan untuk aku membalas segala jasanya padaku,tidak terdaya untuk kukesali segalanya ya allah,janganlah kiranya kau jemput dari kami ini tanpa sempat kami menzahirkan segalanya.curah la rahmat simbah la berkatmu ya allah padanya agar diterima segalanya menjadi sembahan padamu kelak..barakallah.

-BALAU 2010-